Feeds:
Posts
Comments

terlupa lak nak bagi jawapan untuk post aku terdahulu…

Jawapannya adalah…. SHOWER CAP!!! hahaa… mesti korang tak terfikir kan?! hahaa… otak aku tak dapat nak memproses camner la dia terfikir nak simpan shower cap dari bilik mandi tu untuk gi solat jemat… hahaa…

kalau ada sesape rasa dirinya jawab betul, treat yourself a good warm bubble bath… tapi mesti guna shower cap!

kehkehkeh!!!

Cerita aku IX…

“Bakar! Bakar pokok kelapa! Bakar!!”

Jeritan di atas sepatutnya dizahirkan dengan jeritan bakar semerah padi seperti di dalam cerita P Ramlee…

Ceritanya sebegini… semalam, selepas azan maghrib, rakan baikku meminta beberapa biji kelapa dari pokok kelapa belakang rumah bujang aku… untuk dijadikan benih katanya… sebab pokok kelapa aku itu cute, pendek2 dah berbuah lebat…

dijadikan cerita (as usual), best friend aku tu ternampak sarang semut api di pokok sebelah pokok kelapa tu… dan katanya, sekiranya sarang tersebut tak dimusnahkan, takut nanti semut tu membiak dan masuk ke dalam rumah etc… aku pun bersetuju (untuk pengetahuan, pokok tu agak dekat dari rumah aku gak).

kami pun memulakan operasi membakar sarang semut api dengan gulungan newspaper yang dipintal panjang. seronok jugak meluangkan masa bersama, membakar sarang semut dan sambil bergurau senda… hehee…

eh, semut tok asalnya dari pokok kelapa tok sebenarnya, aku nak bakar semut sitok juak eh” dengan excitednya aku menyucuh api di pokok kelapa tu… di satu dua tempat…

tetiba, pokok kelapa tersebut terbakar dengan marak nya… api merah menjulang ke langit dan semakin besar. aku dengan kawan aku panic dan terus berlari ke dalam rumah untuk mengambil baldi (pintu dapur terkunci) dan mengambil air  dan cuba untuk memadamkan api tersebut… yang menjadi kegusaran kami berdua, di atas pokok kelapa tu terdapat wayar elektrik dan wayar telefon.

kami berlari bergilir2 dari pili (di kawasan porch kereta) ke belakang rumah. kawasan sekitar menjadi terang (waktu tu dah hari dah gelap). akhirnya, setelah 15 minit berusaha, api dapat dipadam sepenuhnya… aku tak dapat bayangkan sekiranya api terlalu marak dan terbakar wayar elektrik dan seluruh kawasan perumahan aku putus bekalan elektrik malam tersebut… kalau terkena rumah, lagi naya…

pastu, kami  duduk keletihan di ruang depan rumah sambil ketawa terbahak-bahak… (tanda masih tak mengambil pengajaran… hahaa…)

cis!

Cerita aku VIII…

aduh, aku nampaknya semakin sibuk sejak kebelakangan nih. Tengok entry pun semakin sikit setiap bulan… Banyak cerita yang terjadi tapi masa untuk membuat ‘liputan’ nih yang takder… hehee…

currently, aku masih lagi berada di HQ yang terletak di Semananjung Malaysia… In fact, dah sebulan setengah aku di sini… waktu aku pergi sini, ada sedikit kekeliruan yang terjadi menyebabkan aku pergi last minit… petang kerja aku start, pagi tu baru aku beli tiket belon (kapal terbang)… hehee…

dijadikan cerita, aku solat jumaat disebuah masjid yang terletak agak jauh dari opis HQ aku nih… tapi biasa la kan… selepas solat jumaat, aku tengah pakai kasut aku terjumpe sorang mamat bangla nih… (or maybe indian, cant tell the different… hehee…)

cuba teka, apa yang dia pakai untuk cover kepala waktu solat tu?! hehee…

??

p/s: sapa tahu, aku bagi hadiah! hehee… takder laa… sapa tahu, dia memang hebat! hahaa…

Cerita aku VII…

Selepas aku tengok balik ku nyer last post, baru aku perasan dah lama rupanyer aku tak update blog nih… erm… sorry la (especially kepada Kenari…) sebab aku sangatlah buzy sekarang… skrang nih pun aku tengah tunggu meeting… sepatutnya pagi tadi start diskusi… tapi dianjak ke tengahari karang sebab team satu lagi tu belum siap… bla bla bla…

so, aku nak cerita sket tentang recent activity aku – as usual, pegi travelling… kali ni, aku pegi area yang agak jauh dari bandaraya Kuching, iaitu di Tebedu… Tapi, kejadian ini berlaku di tengah2 perjalanan ke sana. Waktu tu aku pegi dengan staf aku (satu kereta) dan partner serta contractor kami guna beberapa buah kereta lain.

nak dijadikan cerita hari tu hujan renyai-renyai… korang tahu la kan, jalan licin etc… so, dengan berhati-hati staff kami tu membawa kereta dengan berhemah (dia selalu claim dia training bawak kreta di US… mana-mana kau laa.. janji ko ngan aku selamat sampai ke destinasi…).

pastu, kami lalu ah kat sekumpulan orang nih… mak mak dan bapak bapak orang… yang ompuan tengah bawak bakul, yang lelaki bawak kayu kalo tak silap aku… Ada seorang ompuan tua nih, korang tahu la orang tua kan, dia angkat kain dia, sikit punya tinggi… setingggi-tinggi yang mungkin… and i swear, aku nampak benda yang tak sepatutnya  di tengok oleh budak suci seperti aku nih! OMG! Clean & Clear lagi tu… aku literally terbeliak dan pastu rasa nak muntah pun ada…

p/s: tercemar mata aku… T_T

Baru jer semalam aku meraikan aku nyer lesen… dan hari ini aku kena saman oleh polis traffic dah! WAAAAA!!!

pengajaran, sepandai-pandai tupai melompat… akhirnya jatuh gak! Cib*ng!!! hehee…

Yeay!

Akhirnya… selepas tepat setahun setengah aku menjadi koboi… akhirnya aku telah mendapat lesen kereta!!! hahaa… yeay! tak sabar rasanya nak upload gambar lesen aku! huahahahaa… jangan jeles… dan sekarang, baru lah aku tak takut2 lagi nak balik ke kampung selalu as well as rumah family angkat aku…. hahaa… diorang memang very concern terhadap aku yang takder lesen ni bawak kreta… ye la, malang tak berbau… mintak jauh la kan… tapi sapa la tahu… tapi dah setahun setengah ni, aku bantai jer… sebab aku takder transport lain nak gune… so, terpaksa laa… hahaa… tak jumper polis or jpj… hahaa… ada pun nasib sangat la diorang tak tahan n check aku… hehee…

p/s: penulis amat prihatin terhadap peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau badan-badan yang berkenaan dan sangat tidak mencadangkan pembaca mengikuti apa yang telah ditulis. WORLD PEACE (cewah, macam miss world la pulak… hehee…)

Clicks III

its been a while since my last update… life kinda busy lately… hahaa… so, juz enjoy! my clicks!

Isk…

Lain kali… fikir dulu sebelum bercakap…

Lain kali… analyze dulu sebelum buat keputusan…

Lain kali… ingat akibat dulu sebelum ambil langkah…

Lain kali… ingat beb, lain kali… huh!

Aku terkejut beruks sket la mendengar crita Ako Mustapha kena tangkap khalwat ngan ex dier dulu… Crite nih dah lama dah, two years ago p aku baru jer nak post… huahahaa… nampak sangat aku ni tak up to date crita artis2 Malaysia nih. aku baru jer tahu tadi (21/4/09), bila Ako Mustapha mengaku bersalah dan info yang aku dapat, dia dikenakan denda RM3k and penjara 3 bulan. Alasan yang diberikan, dia sesangat letih malam tu dan esok pagi nya ada shooting… so dia tumpang tdo kat umah gf dia… Dia claim dia tak tdo sebilik and wat note… bla bla bla…

Aku tak la menyokong si Ako nih, cuma hati-hati la sikit bro… masyarakat kita sekarang masih lagi tak dapat nak menerima keadaan sebegitu. Aku yakin, dia cuma tersilap langkah jer, macam kita jugak… cuma bezanya, kita tak famous macam Ako nih. Maybe dia memang letih, dan mungkin sebab itulah dia berani kata “It’s not a big deal“. mungkin laa… Karang dia tengah driving balik dan tertido, lain plak jadi nye kan… hehee… Nauzubilah, touch wood!

Aku bukan nak menggalakkan maksiat atau benda-benda yang sewaktu dengan nya, cuma personally aku rasa kalau kita dah selesa dengan seseorang, tak kesah la sama jantina atau tidak, kawan biasa atau someone special, kita tend to ter”over” dengan orang tu (and i mean this word in the most decent way! lol). Maksud aku, kita tak kesah makan kongsi, main sama, tdo sama and so on… Tapi bak kata omputeh, sh*t happens… memang betul kita perlu jaga peradaban kita, kawal diri dan sebagainya… tapi kadang-kadang tetap gak benda camni leh jadi… isk, susah la aku nak explain… pandai2 la korang fahamkan sendiri… Dalam perkara nih, aku faham sangat perasaan Ako… sometimes people just terleka and in the blink of an eye, terus kecoh satu dunia…

Berbalik kepada crita si Ako nih… takyah la kita nak tuding jari trus kat Ako, dan mengutuk dia ntah apa apa ntah, calling names and so on… He learned his lesson, unfortunately from the hard way. Dengar la jugak dari pihak dia tu… Kadang-kadang aku kesian la ngan artis/orang kenamaan secara general nih… Kadang-kadang diorang tersalah penggunaan ayat, terusla kene cop macam2… diputar belit dan sebagainya… Tapi aku pun tak menyangkal memang ada artis/orang kenamaan yang ‘kurang didikan’ nih. hehee… Aku rasa, that’s the price that you need to pay when you are famous.

Aku harap Ako mengambil ikhtibar dalam perkara ini… Untuk Ako, i dont give a damn apa orang kata, just kalo ko betul, pekakkan telinga jer… teruskan hidup ko tu… berdoa banyak2 untuk diberikan kekuatan. p kalo ko salah, pandai2 la ko bertobat… dan teruskan hidup ko tu jugak… berdoa banyak2 untuk diberikan kekuatan jugak… hehee… takder orang tahu apa dalam hati ko tu, yang tahu cuma ko ngan Yang Kat Atas tu jer…

Lupe lak, bukan stakat Ako jer, smua artis and bukan artis harap2 dapat mengambil pengajaran dari hal ni… terutamanya aku sendiri… hehee…

p/s: Aku harap Ako sambung balik dia punya diari… really like how your brain think! :)

-> cant help to think this, Ako tu muka kira ok la kan… baby face… jadi, hati2 kalo betul masuk jel! hahaa… (owh, my mind so la polluted kerana cerita prison break! hahaa… love that series…) but seriously, aku harap ko dapat buat rayuan lagi…

hehee… adik-adik sekalian, hari ini kita akan belajar perkataan-perkataan penting dalam bahasa jawa… terutama sekiranya you guys berada di rumah orang jawa dan diorang tak faham bahasa lain kecuali bahasa jawa & bahasa isyarat, hehee…

Paling penting, slang tu mesti betul aaa… baiklah, kita mulakan dari yang paling penting…

Makan = Mangan

Minum = Ngombey

Lapar = Ngeley

Kenyang = Warek

Tandas = Jamban

Kencing = Ngoyo

Berak = Ngeseng

baiklah adik-adik, sekian saja pelajaran kita hari ini… jumpa lagi di hari dan waktu yang sama, di blog ERRY WONDERS! Jangan lupa belajar rajin2 ye!

Tata!!!

p/s: i cant imagine how people doing bahasa isyarat for kencing and berak! huahahaa… so, learn the language properly!

Older Posts »