“Bakar! Bakar pokok kelapa! Bakar!!”
Jeritan di atas sepatutnya dizahirkan dengan jeritan bakar semerah padi seperti di dalam cerita P Ramlee…
Ceritanya sebegini… semalam, selepas azan maghrib, rakan baikku meminta beberapa biji kelapa dari pokok kelapa belakang rumah bujang aku… untuk dijadikan benih katanya… sebab pokok kelapa aku itu cute, pendek2 dah berbuah lebat…
dijadikan cerita (as usual), best friend aku tu ternampak sarang semut api di pokok sebelah pokok kelapa tu… dan katanya, sekiranya sarang tersebut tak dimusnahkan, takut nanti semut tu membiak dan masuk ke dalam rumah etc… aku pun bersetuju (untuk pengetahuan, pokok tu agak dekat dari rumah aku gak).
kami pun memulakan operasi membakar sarang semut api dengan gulungan newspaper yang dipintal panjang. seronok jugak meluangkan masa bersama, membakar sarang semut dan sambil bergurau senda… hehee…
“eh, semut tok asalnya dari pokok kelapa tok sebenarnya, aku nak bakar semut sitok juak eh” dengan excitednya aku menyucuh api di pokok kelapa tu… di satu dua tempat…
tetiba, pokok kelapa tersebut terbakar dengan marak nya… api merah menjulang ke langit dan semakin besar. aku dengan kawan aku panic dan terus berlari ke dalam rumah untuk mengambil baldi (pintu dapur terkunci) dan mengambil airĀ dan cuba untuk memadamkan api tersebut… yang menjadi kegusaran kami berdua, di atas pokok kelapa tu terdapat wayar elektrik dan wayar telefon.
kami berlari bergilir2 dari pili (di kawasan porch kereta) ke belakang rumah. kawasan sekitar menjadi terang (waktu tu dah hari dah gelap). akhirnya, setelah 15 minit berusaha, api dapat dipadam sepenuhnya… aku tak dapat bayangkan sekiranya api terlalu marak dan terbakar wayar elektrik dan seluruh kawasan perumahan aku putus bekalan elektrik malam tersebut… kalau terkena rumah, lagi naya…
pastu, kamiĀ duduk keletihan di ruang depan rumah sambil ketawa terbahak-bahak… (tanda masih tak mengambil pengajaran… hahaa…)
cis!
haha… nyaman tobek ktk org…. sa tere sa
erry:
niat bait bah… untuk keselamatan manusia sejagat ya… hehee…
er…er…er…
nk kecian ngn pokok ya jak sbnrnyer..
p/s; moral of da story, jgn main api.
erry:
sik sangkak rupanya amaran Jangan Main Api patut juak diberi dengan orang dewasa oo…
adoohh..
we should totally have our own sitcom! :p
erry:
it can be done (cewah!) tapi kelak jadi kedak Phoebe ngan Joey kelak… pa tang banyak gilak blond moment…